Monday, February 7, 2011

Happy Rabbit Year

Seronok bermalas-malasan minggu lepas karna cuti panjang. Jadi aktiviti yang dilakukan harus lah.....membuat kuih huhuhu. Kakak2 ku semua berkumpul kat rumah mak mah (mak kitorg lah) termasuk la sekali sorg sepupu ai yg sama2 gonjol. So kitorang buat traditional english bread pudding (wah nama kena omputih gitu) dan red velvet cupcake. Makanya ai lah jadi cikgu hari tu. Feeling2 jadi Nigella Lawson uuu...Gambar takdok la pulak sbb dah jadi Nigella makanya org lain yg jadi cameraman dan camera itu adalah iphone milik kakak ku. Letak gambar yang dolu2 je lah.

anyway this is the recipe for Traditional English Bread Pudding (Sedap dol..)

Traditional English Bread Pudding

Bahan2:
8 keping roti (gardenia ke, hi5 ke)
3 oz / 85 g kismis
4 oz / 113 g gula perang
3 cawan susu segar
3 biji telur dipukul manja
1 sudu teh vanilla esen
3/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu teh garam halus
Butter untuk di oles pada roti dan pada acuan bakar

Cara2:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 c.
  2. Oles atau sapu butter pada acuan untuk membakar (mangkuk pyrex pun ok)
  3. Sapu butter pada kedua2 belah keping roti dan potong menjadi segitiga (Potong 4)
  4. Lapiskan kepingan roti tadi pada acuan bakar secara bertindih2 sedikit sampai menutupi bawah acuan.
  5. Taburkan kismis dan gula perang pada roti sebagai lapisan kedua.
  6. Kemudian lapiskan lagi baki roti dan taburkan kismis dan gula perang di atasnya berselang seli.
  7. Tabur kismis dan gula perang sebagai lapisan terakhir
  8. Di bekas lain pukul bersama telur, susu, serbuk kulit kayu manis, vanilla dan garam. Siram adunan di atas lapisan roti tadi. Biar kan selama 30 minit sehingga roti meresap adunan itu tadi.
  9. Kemudian bakar di dalam oven selama 30 hingga 40 minit sampai jadi golden brown.

Bread Pudding Sauce

Bahan2:
1 cawan susu segar
2 sudu besar butter
1/3 cawan gula halus
1 sudu teh vanilla
1 sudu besar tepung (tepung gandum je pun bole)
Secubit garam

Cara2:
  1. Campurkan semua sekali dan masak diatas api sehingga mendidih. Kacau sentiasa dalam 3-4 minit. Biarkan suam-suam kuku baru siram atas puding kang melecur mulut makan panas2.


Sebelum di bakar

Selepas di bakar
(Gambar kurang menyelerakan sbb pakai camera hp)

No comments: