Tuesday, February 15, 2011

Black and White Chip Cookie

Lepas baca blog Iza pasal buat choc chip cookies terus la gatal tangan nak buat jugak jugak..Resipi yang sama jugak di ambil dari blog Joy of Baker tapi diubah suai sikit mengikut kesesuaian bahan2 yg hadir di dalam rumah..

Black and White Chip Cookie

Bahan2:
1/2 cup butter..jangan ko berangan nak pakai marjerin..
1 cup gula perang
2 sudu besar susu
1 biji telur saiz A
1 sudu kecil vanilla
1 3/4 cup tepung serbaguna (i guna tepung gandum je)
1/2 sudu kecil baking soda
1/8 sudu kecil garam halus
50 gm chocolate chip
50 gm white chocolate chip

Cara2:
  • Panaskan oven pada 170 c.
  • Cairkan butter di dalam periuk pada api sederhana, sambil tu kacau2 butter sampai jadi sedikit kecoklatan di dasar periuk (wah kau ayat). Ia mengambil masa dlm 5-7 minits gitu. Lepas dah coklat sikit (jangan sampai hangit ye) letak tepi dan biarkan sejuk sikit.
  • Sementara tunggu butter sejuk suam2 sediakan bahan2 kering (Tepung, baking soda, garam diayak bersama2).
  • Letakkan gula perang dan butter cair tersebut di dalam mangkuk stand mixer (tapi i guna hand mixer je). Pukul pada medium speed selama 2 minit (atau pun sampai gula dah sebati dgn butter la agak2). Masukkan telur dan pukul lagi dlm seminit. Masukkan pulak susu dan vanilla pukul lagi sampai sebati.
  • Ok turn off mixer lepas tu bawah mangkuk tu kasi korek2 sikit (not in a lucah way ye) pakai spatula. Lepas tu masukkan semua bahan2 kering ke dalam mixture. Gaul guna mixer atau guna spatula dan masukkan sekali choc chip and white chip.
  • Agak2 saiz 2 sudu kecil letak kat baking sheet ke loyang ke. Bakar dalam 9 hingga 11 minits sampai biskut itu kelihatan ke'golden'an.
  • OK biar sejuk pastu boleh lah makan.

Ginilah rupe butter yang dicairkan. Sila abaikan periuk buruks iteww.


Rupa setelah digentel. Sila abaikan loyang tersebut.
Itu adalah tutup periuk.


Boleh lah makan bersama2 susu. Sungguh poyo.

No comments: