Saturday, July 26, 2008

hari yang sedih



Hari ni aku sedih sgt. Kucing aku NEMO dah mati. Aku siap EL lagi nak jaga NEMO tapi hari ni aku tinggalkan NEMO sekor2 dlm sangkar. Salah aku, apsal aku letakkan NEMO dlm sangkar, apsal aku tak biarkan NEMO kat luar je. Menyesal rasanya tak bawak ke ofis atau pun aku sambung je EL aku untuk jaga NEMO sampai sembuh. Balik2 rumah aku tengok NEMO dah keras. Sedihnya aku. Berdosanya aku tinggalkan NEMO macam tu je. Tapi aku kesian jugak tengok NEMO terseksa sakit. NEMO selesema+semput. Bernafas guna mulut. Seksa sangat rasanya untuk seekor kucing mengalami kesakitan sebegitu. Kalau manusia tu kita boleh tau dia sakit kat mana sebab boleh bercakap. Ini kucing. Mana kita tau sakit dia kat mana. Aku bagi NEMO makan dan minum guna syringe (picagari). Lepas tu bagi NEMO ubat. Malam aku tidurkan dan selimutkan NEMO. Mungkin Tuhan lebih sayangkan NEMO takmau NEMO terseksa hidup dgn tuan dia yang lalai ni. Aku bersalah kat NEMO. NEMO maafkan mimi ye. I shouldnt leave you Nemo. Im gonna miss you.


*Recent picture. Taken a few days ago. On a lazy Sunday afternoon. Yang putih tu lah Nemo yang sebelah dia tu Oren. Nampak sihat je kan tapi sebenarnye waktu ni dia tengah murung tak tau kenapa. Oren dengan Bubu yang selalu temankan abang dia. Dia kena sakit malam Rabu. Mati hari ni, hari Jumaat. Oren sayang Nemo.

No comments: