Thursday, December 5, 2013

Sekadar renungan..





Insurans/takaful untuk masa depan dan keluarga

Pernahkah anda terfikir jika suatu hari nanti ditakdirkan sesuatu yang tidak diingini berlaku pada diri anda. Ditimpa kemalangan atau sakit yang menyebabkan anda tidak boleh bekerja dan menampung hidup keluarga. Terpaksa menanggung bill hospital yang tinggi. Bagaimana cara untuk mengatasinya? Adakah dengan meminjam duit, mengeluarkan segala wang simpanan, meminta derma di laman sosial?

Kalau anda beringat sebelum sakit mungkin anda tidak perlu bersusah payah melakukan semua itu. Dengan sedikit kesedaran anda boleh membantu mengurangkan beban keluarga dan orang sekeliling. Ramai yang rasa kurangnya kepentingan insurans dalam hidup mereka. Benda belum jadi lagi buat apa nak kalut2.

Masalahnya kenapa nak tunggu dah jadi baru nak beringat. Ketika itu dah terlambat. Nasi dah jadi bubur. Company insurans mana pun dah tak mahu terima client yang dah sedia ada penyakit. Sebab itu insurans ni untuk orang yang sihat dan beringat. Tak perlukan banyak duit untuk melabur tapi pulangannya berlipat kali ganda. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan jangan dah basah kuyup baru kalut nak cari payung.

Jika anda ada kesedaran awal alhamdulillah. Tapi jika anda masih rasa ragu-ragu lagi takpelah pilihan di tangan anda jangan sampai ada orang kata kat anda "See. I told you so."

Wallahualam...